Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Wednesday, March 3, 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN SETARA 1

Kepada semua,

Diucapkan selamat berjaya dalam menduduki ujian penilaian setara kali pertama untuk tahun 2010. Semoga anda telah bersiap sedia untuk ujian tersebut dan inilah masanya untuk melakukan yang terbaik dari segi akademik!

Tidak lupa juga, Kejohanan Sukan Tahunan akan berlangsung tidak lama lagi. Oleh itu, semua anggota mestilah bersedia dari segi fizikal untuk latihan kawad bagi memastikan kita KEKAL JUARA!

Syabas kepada semua, dan semoga maju jaya!

No comments:

Post a Comment