Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Tuesday, March 23, 2010

Kadet Polis Juara Kawad Sukan ACS 2010!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kerana telah berjaya merangkul gelaran JOHAN Kawad Kaki Temasya Sukan ACS 2010.

Semoga kejayaan ini akan berkekalan untuk tahun-tahun yang akan datang. Kepada junior, contohilah senior-senior anda supaya anda juga akan lebih maju kelak!


Friday, March 5, 2010

Pertandingan Menembak Peringkat Daerah

Semua Anggota,

Pertandingan Menembak Daerah Ipoh

  • Tarikh : 6 March 2010
  • Masa : 0700 hours
  • Tempat : Lapang Sasar Sungai Siput
Seramai 13 anggota terpilih hendaklah bersedia awal.  Sebarang kemusykilan sila hubungi Insp/K Meor untuk maklumat lanjut. KEbenaran ibubapa/penjaga juga WAJIB diperolehi.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Wednesday, March 3, 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN SETARA 1

Kepada semua,

Diucapkan selamat berjaya dalam menduduki ujian penilaian setara kali pertama untuk tahun 2010. Semoga anda telah bersiap sedia untuk ujian tersebut dan inilah masanya untuk melakukan yang terbaik dari segi akademik!

Tidak lupa juga, Kejohanan Sukan Tahunan akan berlangsung tidak lama lagi. Oleh itu, semua anggota mestilah bersedia dari segi fizikal untuk latihan kawad bagi memastikan kita KEKAL JUARA!

Syabas kepada semua, dan semoga maju jaya!