Lambang PDRM yang  digunapakai  sekarang mempunyai signifikan dan pengertian tersendiri. Bulan bintang melambangkan Islam sebagai Agama Rasmi Negara. Kalimah  Allah melambangkan unsur keimanan sebagai  wadah kedaulatan Agama  Islam. Mahkota mencerminkan  bahawa Pasukan Polis Diraja Malaysia sentiasa menjunjung tinggi kesucian  Islam  dan kebesaran Allah, serta merupakan satu penghormatan kepada DYMM Seri  Paduka  Baginda Yang DiPertuan Agong di atas pengurniaan gelaran "Diraja" kepada  Pasukan. Keris melambangkan Semenanjung Malaysia. Parang Elang atau  Kelewang melambangkan negeri  Sabah dan Sarawak. Harimau melambangkan keberanian  dan ketangkasan dalam menghadapi cabaran musuh. Bunga padi  melambangkan makanan asasi serta kemakmuran negara. Motto  "POLIS DIRAJA MALAYSIA" menunjukkan ketinggian semangat serta keazaman  anggota Pasukan.
SATURDAY ACTIVITY (6/9) IS OFF !
2 months ago

