Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Tuesday, October 26, 2010

Perjuangan Baru Bermula

Salam kepada semua anggota,

Peperiksaan SPM bakal tiba tidak lama lagi. Sudah bersediakah anda bagi menghadapi SPM?

Diucapkan selamat maju jaya dalam menjawab soalan peperiksaan SPM kelak kepada anggota yang mengambilnya, dan juga kepada seluruh warga Malaysia. Psstikan segala persiapan berjalan rapi dan dudukilah peperiksaan dengan hati yang tenang.

Selamat menduduki SPM!

-ADMIN-

Sekitar Jamuan Makan Malam Tahunan 2010

Jamuan Makan Malam Tahunan 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Tower Regency, Ipoh dengan kehadiran seramai 57 anggota kadet pelbagai pangkat dan yang diraikan senior-senior kadet berserta dengan kehadiran tetamu kehormat termasuklah guru-guru penasihat.

Jamuan bermula sekitar 8.00 malam  dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Sang Saka Biru dan seterusnya ucapan-ucapan. Persembahan oleh anggota kadet telah menceriakan lagi majlis berkenaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamat kepada tetamu dan senior kadet.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam pada malam tersebut:


Thursday, May 20, 2010

SELAMAT MAJU JAYA

Kepada semua warga ACS,


Diucapkan selamat maju jaya dalam menghadapi peperiksaan pertengahan tahun 2010. Semoga kalian memperolehi keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan kali ini.

Monday, May 17, 2010

SELAMAT HARI GURU!!!

Kepada semua guru seluruh Malaysia amnya, dan kepada semua guru yang mengajar di SMK Methodist (ACS) Ipoh, Perak khususnya, diucapkan Selamat Menyambut Hari Guru 2010...jasa guru sentiasa dikenang, ilmu yang dicurahkan akan sentiasa digunakan agar mendapat keberkatan sepanjang hayat.


Seluruh warga Pasukan Kor Kadet Polis ACS Ipoh amat menghargai jasa guru-guru yang telah banyak membimbing kami hingga mencapai kejayaan yang gemilang sepanjang tahun,sepanjang hayat.

Terima kasih, cikgu!

Monday, May 10, 2010

ARTIKEL

Kepada semua,

Sesiapa yang berminat untuk menyumbangkan artikel, berita atau apa sahaja bahan untuk dimuatkan kedalam blog ini, bolehlah berbuat demikian dengan menghantar segala bentuk bahan melalui email kepada kadetpolisacs@gmail.com.

Semua bentuk penulisan/bahan akan ditapis terlebih dahulu sebelum disiarkan.

Pihak ADMIN mengucapkan terima kasih kepada para penyumbang.

Tuesday, March 23, 2010

Kadet Polis Juara Kawad Sukan ACS 2010!

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua kerana telah berjaya merangkul gelaran JOHAN Kawad Kaki Temasya Sukan ACS 2010.

Semoga kejayaan ini akan berkekalan untuk tahun-tahun yang akan datang. Kepada junior, contohilah senior-senior anda supaya anda juga akan lebih maju kelak!


Friday, March 5, 2010

Pertandingan Menembak Peringkat Daerah

Semua Anggota,

Pertandingan Menembak Daerah Ipoh

  • Tarikh : 6 March 2010
  • Masa : 0700 hours
  • Tempat : Lapang Sasar Sungai Siput
Seramai 13 anggota terpilih hendaklah bersedia awal.  Sebarang kemusykilan sila hubungi Insp/K Meor untuk maklumat lanjut. KEbenaran ibubapa/penjaga juga WAJIB diperolehi.

Sekian dimaklumkan, terima kasih.

Wednesday, March 3, 2010

SELAMAT MENDUDUKI UJIAN PENILAIAN SETARA 1

Kepada semua,

Diucapkan selamat berjaya dalam menduduki ujian penilaian setara kali pertama untuk tahun 2010. Semoga anda telah bersiap sedia untuk ujian tersebut dan inilah masanya untuk melakukan yang terbaik dari segi akademik!

Tidak lupa juga, Kejohanan Sukan Tahunan akan berlangsung tidak lama lagi. Oleh itu, semua anggota mestilah bersedia dari segi fizikal untuk latihan kawad bagi memastikan kita KEKAL JUARA!

Syabas kepada semua, dan semoga maju jaya!

Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul

Kepada semua umat Islam seluruh dunia,

Diucapkan Selamat Menyambut Hari Keputeraan Nabi Muhammad SAW pada hari ini, 12 Rabiulawal 1431H.

Semoga sifat keperibadian mulia yang ditunjukkan oleh rasulullah menjadi tauladan dan panduan seluruh umat Islam.

Pada hari ini sekolah ditutup kerana cuti umum.

Friday, February 12, 2010

Gong Xi Fa Cai!!!



Kepada semua, diucapkan Selamat Tahun Baru Cina, Gong Xi Fa Cai kepada yang menyambutnya dan juga selamat bercuti. SMK Methodist ACS Ipoh akan bercuti mulai esok,13hb Februari 2010 hingga 21hb Februari 2010.

Diharap semua dapat sentiasa menjaga keselamatan tidak kira dimana dan apabila beruska ria haruslah juga kita sentiasa beringat.

Pelajaran jangan dilupakan, dan buatlah yang terbaik dalam semua bidang yang kita lakukan.

GONG XI FA CAI!!!