Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Tuesday, October 26, 2010

Perjuangan Baru Bermula

Salam kepada semua anggota,

Peperiksaan SPM bakal tiba tidak lama lagi. Sudah bersediakah anda bagi menghadapi SPM?

Diucapkan selamat maju jaya dalam menjawab soalan peperiksaan SPM kelak kepada anggota yang mengambilnya, dan juga kepada seluruh warga Malaysia. Psstikan segala persiapan berjalan rapi dan dudukilah peperiksaan dengan hati yang tenang.

Selamat menduduki SPM!

-ADMIN-

Sekitar Jamuan Makan Malam Tahunan 2010

Jamuan Makan Malam Tahunan 2010 telah berlangsung dengan jayanya di Hotel Tower Regency, Ipoh dengan kehadiran seramai 57 anggota kadet pelbagai pangkat dan yang diraikan senior-senior kadet berserta dengan kehadiran tetamu kehormat termasuklah guru-guru penasihat.

Jamuan bermula sekitar 8.00 malam  dengan nyanyian lagu Negaraku diikuti lagu Sang Saka Biru dan seterusnya ucapan-ucapan. Persembahan oleh anggota kadet telah menceriakan lagi majlis berkenaan. Majlis diakhiri dengan penyampaian hadiah dan cenderamat kepada tetamu dan senior kadet.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam pada malam tersebut: