Hari Jumaat, 17 September 2009 diisytiharkan cuti bagi semua sekolah di seluruh Malaysia bagi membolehkan para pelajar dan keluarga merancang perjalanan untuk pulang ke kampung berhari raya. Cuti ini juga dapat mengelakkan kesesakan lalulintas apabila pulang ke kampung.
Apapun, diucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua warga ACS Ipoh yang merayakannya. Maaf dipohon dari ADMIN sekiranya terdapat salah dan silap selama berblogging ini.
Kepada yang tidak merayakan Aidilfitri, selamat bercuti diucapkan dan semoga semuanya dapat menjaga diri masing-masing agar tidak terlibat dalam sebarang perkara yang tidak diingini.
Bersamalah kita bermaaf-maafan dan jadikanlah Hari Raya tahun ini Hari Raya yang terbaik pernah kita lalui sebagai satu pasukan.
Selamat Hari Raya!
No comments:
Post a Comment