Pada musim cuti sekolah pertengahan tahun ini, seramai 34 anggota telah terpilih untuk menyertai perkhemahan Peringkat Negeri untuk pemilihan ke peringkat kebangsaan yang akan berlangsung di Sarawak. Berita baik ini telah disampaikan tengah hari tadi oleh Sjn. Yusof dari IPD Ipoh.
Bagaimanapun amat mendukacitakan kepada semua apabila diberitahu bahawa daripada 34 anggota, hanya 18 anggota, bahkan mungkin kurang, yang akan terpilih untuk ke peringkat kebangsaan.
Ini adalah disebabkan oleh kehendak pihak atasan (Bukit Aman?) yang mahukan supaya kos tanggungan perbelanjaan tahun ini dikurangkan, dan disebabkan itu, pasukan kawad kaki juga difahamkan akan bercampur lelaki dan wanita dalam satu skuad.
Ini bermakna ACS Ipoh akan bergabung dengan RPS Ipoh bagi mewakili Perak dalam satu pasukan kawad. Adalah sesuatu yang agak pelik kerana ini merupakan kali pertama dilakukan - lelaki dan perempuan dalam satu team. (sedangkan difahamkan perkara ini tidak boleh dibuat)
Oleh yang demikian, anggota kadet seramai 34 anggota perlu bersaing sesama sendiri untuk mendapat empat ke peringkat kebangsaan. Semoga persaingan adalah untuk yang terbaik dan dibuat secara sihat.
Difahamkan juga bahawa guru kadet, iaitu guru pengiring dan penasihat kadet ACS Ipoh juga TIDAK akan (tidak dijemput untuk menrgiringi pelajar) turut serta dalam perkhemahan dan pertandingan peringkat kebangsaan kelak.
Oleh kerana ini merupakan pengalaman kali pertama buat ACS Ipoh - yang merupakan JOHAN KAWAD KADET POLIS NEGERI PERAK 2009 - maka ambillah pengalaman, buat yang terbaik dan pastikan tahun depan kita MASIH JUARA!

Bene Orasse Bene Studuisse!
No comments:
Post a Comment