Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2009

Kepada semua anggota Kadet Polis ACS yang akan menduduki peperiksaan PMR esok, diucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut dan semoga beroleh kejayaan dengan kecemerlangan.

Bersiap sedia dengan segala keperluan peperiksaan awal dapat menenangkan fikiran dan menjadikan kita lebih bersedia dalam menjawab soalan. Pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alat tulis telah siap untuk dibawa ke dewan peperiksaan.

Bacalah doa mengikut agama masing-masing dan berdoalah untuk kejayaan. Pastikan usaha kita selama 3 tahun berada di alam persekolahan menengah ini berbaloi!

Selamat berjaya!

No comments:

Post a Comment