Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Wednesday, April 22, 2009

JOHAN NEGERI PERAK!!! TAHNIAH!!!

TAHNIAH!!!

SYABAS!!!

Hari ini dalam sejarah - Tepat tanggal 22hb April 2009, Pasukan Kor Kadet Polis ACS Ipoh telah dinobatkan sebagai JOHAN KAWAD KAKI NEGERI PERAK 2009!!!

Segala usaha penat lelah titik peluh telah membuahkan hasil pada hari ini.

Tahniah diucapkan kepada semua!!


(teks penuh akan menyusul kemudian)

Thursday, April 16, 2009

Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Perak

Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Perak ke-39 telah diadakan dengan jayanya di Padang Changkat, Batu Gajah bersebelahan dengan ibu pejabat IPD Batu Gajah.

Semua anggota kadet dari Team 1 telah terpilih mewakili daerah Ipoh untuk turut serta bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Semua daerah di negeri Perak telah menghantar wakil mereka.

Acara bermula dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan-ucapan dari VIP. Acara telah dirasmikan oleh Datuk Panglima KEtua Polis Perak.

Walaupun cuaca muram dengan hujan renyai-renyai tetapi majlis masih boleh dijalankan.

Agak mendukacitakan juga kerana semasa majlis berlangsung beberapa anggota telah 'jatuh' semasa dalam barisan akibat dari kepenatan dan kurangnya stamina. Diharap perkara ini tidak akan berulang lagi dimasa-masa yang akan datang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Ipoh, Sarjan Azhan dan L/Kpl Normi kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan keselamatan dan kebajikan anggota kadet kita terjamin.







Dari kiri : Sjn. Azhan, L/Kpl Normi, L/Kpl ? (tak tau nama...sorry!)

Thursday, April 2, 2009

PENGUMUMAN / ANNOUNCEMENT

Terdapat 2 pengumuman penting untuk tindakan para anggota kadet ACS :

1. Sambutan Hari Kor Kadet Polis ke-39 Peringkat Negeri Perak akan diadakan di Batu Gajah pada 16hb April 2009. Semua anggota terlibat dikehendaki bersedia di Balai Kadet ACS dan akan bertolak seawal 0645hrs.

2. Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Perak akan diadakan di daerah Teluk Intan pada 22hb April 2009. Pertandingan akan bermula seawal 0800 pagi. Semua anggota terlibat dikehendaki bersedia untuk menaiki trak seawal jam 0645 di hadapan balai Kadet ACS.

Semua maklumat diatas adalah untuk tindakan SEMUA ANGGOTA TERLIBAT.

Harap Maklum.