Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Monday, August 31, 2009

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-52


1 Malaysia - RAKYAT DIDAHULUKAN - PENCAPAIAN DIUTAMAKAN
Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke-52 pada tahun 2009 ini. Hari ini merupakan hari yang bersejarah bagi negara kita, kerana pada hari inilah rakyat Malaysia telah berjaya membuktikan kepada duani bahawa kita mampu untuk mentadbir negara kita sendiri dan tidak lagi perlu kepada sebarang bentuk penjajahan.

Oleh itu marilah kita sama-sama duduk sejenak dan berfikir apakah kita ini masih lagi dijajah? Apakah minda kita masih lagi dijajah?

Fikir-fikirkan.

Monday, August 3, 2009

Persediaan "RECYCLETHON"


Raptai Penuh Sambutan Recyclethon telah diadakan dengan jayanya pagi ini. Permohonan mendapatkan pinjaman senjata api M-16 telah diluluskan dan pasukan kadet telah berjaya membuat latihan pagi ini berserta dengan senjata api.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada pihak polis yang telah memberi kebenaran dan mengambil berat tentang pasukan kadet polis ACS

Tidak lupa juga kepada jurulatih yang telah sudi datang membantu dari segi teknikal dan juga kawad kaki. Saudara Hakim (senior) juga telah datang untuk memberi kata-kata perangsang dan tunjuk ajar kepada anggota-anggota kadet.

Syabas dan tahniah kepada semua anggota dan semoga hari Rabu nanti semuanya berjalan dengan lancar.

Sunday, August 2, 2009

Koperal Kadet Fauzan Kemalangan

Berita yang amat mengejutkan dan menyayat hati apabila petang tadi Koperal Kadet Fauzan diberitakan terlibat dalam satu kemalangan jalanraya. Fauzan menunggang motosikalnya dan difahamkan tiba-tiba sebuah kereta keluar dari simpang tanpa memberhentikan keretanya dan menyebabkan Fauzan melanggar kereta tersebut.

Fauzan telah dikejarkan ke wad kecemasan hospital Raja Permaisuri Bainun (Hospital Besar Ipoh) akibat kecederaan ringan.

Alhamdulilah Fauzan walaupun cedera tetapi masih boleh berjalan dan sempat berlawak jenaka bersama rakan-rakan yang sentiasa menemani Fauzan semasa berada di hospital tadi. Sokongan rakan taulan sedikit sebanyak dapat mengubat luka yang dirasai.

Semoga ini menjadi peringatan kepada kita semua supaya lebih berhati-hati ketika di jalanraya.

Marilah kita semua doakan semoga Fauzan cepat sembuh. Amin.


Koperal Kadet Fauzan (empat dari kiri)




Fauzan (berdiri hadapan sekali)