Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Sunday, September 13, 2009

USAHA MENGESAN ANGGOTA-ANGGOTA LAMA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Terdapat cadangan supaya laman web kadetpolisacs dan blog kadet ini mencari anggota-anggota lama dari SMK Methodist ACS Ipoh.


Usaha mengesan bekas-bekas anggota kadet ACS boleh dimulakan sekarang dan semoga mendapat kerjasama dari semua pihak.

Diharap bekas-bekas pelajar, bekas anggota kadet tahun-tahun yang sebeluum ini dapat tampil kedepan memberikan butir-butir maklumat supaya dapat kita sama-sama mengenali di antara anggota baru dan anggota lama.

Bahan-bahan yang diperlukan boleh juga terdiri dari :
  • Senarai AJK pada tahun yang berkenaan
  • Nama-nama anggota pada tahun yang berkenaan berserta dengan kelas
  • Gambar sorang perseorangan memakai uniform kadet
  • Gambar berkumpulan untuk majalah sekolah yang berwarna
  • Gambar aktiviti pada tahun berkenaan
  • Sejarah/aktiviti
  • Pengalaman peribadi

Segala bentuk bahan yang disenaraikan diatas bolehlah di'digital'kan dengan menaip ataupun 'scan' gambar-gambar dan diemailkan kepada saya, dialamat muzzafarzain@gmail.com

Semoga usaha ini mendapat kerjasama semua pihak samada anggota baru mahupun yang lama, dan juga masyarakat sekeliling.

Terima Kasih.


Muzzafar Zain
Guru Penasihat
Pasukan Kor Kadet Polis
SMK Methodist (ACS) Ipoh

No comments:

Post a Comment