Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Saturday, September 12, 2009

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN


Umat Islam seluruh dunia masih berada dalam bulan Ramadhan. Pada bulan ini, seluruh umat Islam akan berpuasa - Puasa adalah menahan diri daripada melakukan perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Oleh itu dinasihatkan kepada semua anggota kadet yang beragama Islam supaya tidak meninggalkan ibadah puasa dan sentiasa melakukan amal kebajikan kerana pahala yang dikurniakan Allah berlipat kali ganda berbanding bulan-bulan yang lain.

Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidilfitri dan ACS Ipoh akan bercuti selama SATU MINGGU mulai 19hb September hingga 27 September 2009.

Di kesempatan ini, ADMIN ingin mengucapkan kepada semua anggota - Selamat menjalani ibadah puasa, Selamat Hari Raya Aidilfitri, dan Selamat Bercuti sakannnnnnnnnnnnnnn.....


Dalam pada kita bergembira, sentiasalah beringat dan berwaspada setiap masa.

No comments:

Post a Comment