Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Sunday, June 21, 2009

SELAMAT PULANG WIRA ACS!

Selama lebih seminggu berada di perantauan, kini kesemua 10 anggota kadet polis ACS telah selamat pulang ke semenanjung .

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 10 anggota yang terlibat. Anda telah berjaya mengharumkan nama ACS dan juga nama negeri Perak di peringkat kebangsaan.

Pengalaman yang telah diperolehi sepanjang berada di Sarawak harus dikongsi bersama-sama rakan taulan yang tidak dapat turut serta. Jadikan ini sebagai satu titik permulaan dalam usaha melahirkan generasi kadet polis yang cemerlang pada masa yang akan datang.


SYABAS!

No comments:

Post a Comment