Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Friday, June 12, 2009

SELAMAT BERANGKAT KE SARAWAK!

Sepanjang minggu lalu, iaitu pada 1-5hb Jun 2009, perkhemahan peringkat negeri telah diadakan di daerah Taiping. Seramai 34 anggota telah dipilih untuk menyertai perkhemahan tersebut.

Perkhemahan inilah yang akan menentukan siapakah yang paling layak untuk dipilih mewakili negeri Perak dalam perkhemahan di Sarawak kelak - untuk peringkat kebangsaan.


ACS IPOH telah berjaya menunujukkan kehebatan sekali lagi apabila seramai 10 anggota telah terpilih untuk ke Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua sepuluh anggota tersebut yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan nama IPOH.


Rasa yang amat terharu dan bangga saya kepada kesemua anggota kadet polis ACS. Tahniah kerana pada tahun ini kita benar-benar berjaya mengharungi segala suka duka dan yang paling penting ialah kita bergerak dalam pasukan, bukannya individu. Semangat berpasukan yang tinggi inilah yang membuatkan kita sentiasa kuat dan digeruni serta di pandang tinggi oleh pasukan-pasukan lain.

Kepada anggota yang tidak terpilih untuk ke Sarawak, jangan kecil hati, jangan putus asa. ACS masih berbangga dengan anda. Kita cuba lagi tahun hadapan.

Pastikan kita lebih bersedia di tahun hadapan. Kita perlu banyakkan dan pelbagaikan aktiviti kita, bukan setakat kawad kaki semata-mata. Kepada yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan dan pengurusan tahun hadapan, dirapakan supaya bersedia untuk memikul cabaran yang lebih hebat.


Selamat jalan diucapkan kepada kesepuluh anggota yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Sarawak. KAmi guru penasihat dan rakan-rakan akan mendoakan anda selamat pergi dan pulang, dan semoga pulang dengan kejayaan!




-Muzzafar Zain, guru penasihat Kadet Polis ACS Ipoh

No comments:

Post a Comment