Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Thursday, April 16, 2009

Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Perak

Hari Kor Kadet Polis Peringkat Negeri Perak ke-39 telah diadakan dengan jayanya di Padang Changkat, Batu Gajah bersebelahan dengan ibu pejabat IPD Batu Gajah.

Semua anggota kadet dari Team 1 telah terpilih mewakili daerah Ipoh untuk turut serta bagi memeriahkan lagi majlis tersebut.

Semua daerah di negeri Perak telah menghantar wakil mereka.

Acara bermula dengan bacaan doa dan seterusnya ucapan-ucapan dari VIP. Acara telah dirasmikan oleh Datuk Panglima KEtua Polis Perak.

Walaupun cuaca muram dengan hujan renyai-renyai tetapi majlis masih boleh dijalankan.

Agak mendukacitakan juga kerana semasa majlis berlangsung beberapa anggota telah 'jatuh' semasa dalam barisan akibat dari kepenatan dan kurangnya stamina. Diharap perkara ini tidak akan berulang lagi dimasa-masa yang akan datang.

Jutaan terima kasih diucapkan kepada pegawai dari Bahagian Hal Ehwal Awam IPD Ipoh, Sarjan Azhan dan L/Kpl Normi kerana telah bertungkus lumus untuk memastikan keselamatan dan kebajikan anggota kadet kita terjamin.







Dari kiri : Sjn. Azhan, L/Kpl Normi, L/Kpl ? (tak tau nama...sorry!)

No comments:

Post a Comment