Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Saturday, March 14, 2009

Gaya, Mutu, Keunggulan!

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pasukan semua anggota kerana telah berjaya sekali lagi untuk menjadi Johan Pertandingan Kawad Kor Kadet Polis Daerah Ipoh 2009!!!

Walaupun pasukan kita tidak mendapat bantuan jurulatih dari mana-mana pihak, tetapi oleh kerana semangat juang kita yang tinggi dan komitmen kita terhadap pasukan telah berjaya membuktikan bahawa sesiapa juga berhak menjadi juara,asal ada usaha.

Pasukan kita telah mula membuat latihan sejak dari awal tahun pembukaan 2009, di mana seperti kelaziman setiap hari Sabtu adalah merupakan hari perjumpaan anggota dan hari kita membuat latihan bermula seawal jam 7.30 pagi.

Pasukan kita selama ini telah dididik untuk sentiasa mengenang budi dan saling membantu - dan tahun ini kita bernasib baik sekali lagi kerana masih ada pelajar-pelajar senior Old Boys (ex-student ) datang untuk memantau dan membantu.

Dek kerana semangat, saudara Hakim telah datang membantu dan memberikan tunjuk ajar di saat-saat akhir sebelum bermula pertandingan.

Pertandingan peringkat daerah ini telah diadakan pada hari Khamis, 12hb March 2009 di SMK Buntong. Pada malam sebelum pertandingan, semua anggota kadet yang mengambil bahagian telah bermalam di balai kadet yang terletak di atas bangunan Dewan Teerath Ram. (semangat!).

Guru penasihat kadet - En. Muzzafar dan En. Meor telah datang untuk memberikan kata-kata perangsang pada malam tersebut (10 malam) kepada semua anggota agar melakukan aksi yang terbaik semasa pertandingan nanti.

Semua latihan, nasihat dan tunjuk ajar akhirnya berbaloi apabila pasukan kita telah berjaya menjadi Johan pada hari pertandingan itu.

Tahniah kepada semua!!!


Antara gambar-gambar yang sempat dirakam :












































No comments:

Post a Comment