Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.
Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.
Tahun 2009 merupakan tahun yang bersejarah buat kita semua. Lakaran kejuaraan, ciptaan johan. Bukan calang-calang, bukan juga jaguh kampung. Kita berbangga dengan prestasi kita.
Sekalung penghargaan kepada semua anggota, tahniah dan syabas diucapkan. Semoga ini menjadi pembakar semangat kepada semua anggota junior untuk turut mengikut jejak langkah dan mengekalkan kejuaraan kita.
Kepada anggota-anggota yang bakal bersara, didoakan semoga kalian dapat menjawab soalan peperiksaan SPM yang bakal tiba tak sampai beberapa jam lagi dengan jayanya. Jawablah dengan penuh keyakinan membina masa depan yang gemilang. Peliharalah nama baik keluarga dan warga ACS. Semoga berjaya kelak dalam kehidupan!
Selamat menduduki peperiksaan SPM 2009. Buatlah yang terbaik. Doa kami sentiasa bersama anda.
Pasukan Kor Kadet Polis ACS telah ditubuhkan sejak tahun 80'an lagi di SMK Methodist ACS Ipoh dan telah banyak memberi jasa serta mengharumkan nama sekolah ACS Ipoh. Laman web rasmi pasukan ini diwujudkan dan akhirnya laman blog ini juga lahir untuk memudahkan semua. Semoga pasukan ini terus aktif di masa-masa yang akan datang