Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Saturday, October 24, 2009

SEKITAR JAMUAN MAKAN MALAM KOR KADET POLIS ACS IPOH

Majlis Makan Malam Tahunan Kor Kadet Polis ACS Ipoh telah berjaya diadakan dengan jayanya. Majlis bermula tepat jam 8.30malam dengan ucapan alu-aluan oleh pengerusi majlis, ucapan-ucapan, jamuan makan, persembahan, penyampaian cenderahati dan juga cabutan bertuah.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada Jawatankuasa Majlis Makan malam tahun ini yang diketuai oleh Mohd. Nadeem.

Berikut adalah beberapa gambar yang sempat dirakam :






















Tuesday, October 20, 2009

JAMUAN MAKAN MALAM TAHUNAN 2009

Kepada semua anggota,


Majlis Jamuan Makan Malam Tahunan bagi tahun 2009 akan diadakan seperti ketetapan berikut :


  • Tarikh : 24 Oktober 2009
  • Masa : 8.00 pm
  • Tempat : Tower Regency Hotel, Ipoh


Semua anggota adalah diingatkan supaya hadir pada ketentuan yang telah ditetapkan dan telah membuat bayaran. Pakaian adalah pakaian rasmi. (formal).


Segala pertanyaan bolehlah hubungi Jawatankuasa Majlis Makan Malam.

Sekian dimaklumkan

Monday, October 5, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR 2009

Kepada semua anggota Kadet Polis ACS yang akan menduduki peperiksaan PMR esok, diucapkan selamat menduduki peperiksaan tersebut dan semoga beroleh kejayaan dengan kecemerlangan.

Bersiap sedia dengan segala keperluan peperiksaan awal dapat menenangkan fikiran dan menjadikan kita lebih bersedia dalam menjawab soalan. Pastikan kad pengenalan, slip peperiksaan dan alat tulis telah siap untuk dibawa ke dewan peperiksaan.

Bacalah doa mengikut agama masing-masing dan berdoalah untuk kejayaan. Pastikan usaha kita selama 3 tahun berada di alam persekolahan menengah ini berbaloi!

Selamat berjaya!