Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Friday, July 31, 2009

DVD KAWAD KAKI 2009

DVD Pertandingan Kawad Kaki Peringkat Daerah Ipoh dan Kawad Kaki Peringkat Negeri Perak difahamkan sedang dalam pembikinan.

Pada awalnya DVD ini dijangka diedit oleh Cikgu Muzzafar tetapi oleh kerana kekangan masa dan permintaan DVD ini semakin lama semakin menjadi tanda tanya, maka pembikinan DVD ini telah diswastakan kepada pihak ketiga.

Kos pembuatan DVD ini difahamkan ialah sebanyak RM3 dan pihak yang membuat DVD ini akan mengenakan caj diantara RM4-RM6 sekeping.

Tidak pasti samada kedua-dua pertandingan dimuatkan dalam 1 DVD atau berasingan.

Gambar-gambar juga telah dihantar untuk dimasukkan ke dalam DVD ini.

Oleh itu disarankan kepada SEMUA anggota untuk memiliki DVD ini untuk kenang-kenangan kita dan juga sebagai cenderahati kepada rakan-rakan di sekolah lain. Mungkin sekiranya kita memesan dengan kuantiti yang banyak, harga boleh dikurangkan.

Difahamkan DVD ini akan siap dalam minggu hadapan. Pesanan boleh dibuat terus kepada Cikgu Muzzafar atau kepada yang bukan anggota kadet ACS, (warganegara Malaysia) boleh menghubungi Cikgu Muzzafar pada alamat email muzzafarzain@yahoo.com


Sekian dimaklumkan.

Wednesday, July 29, 2009

Raptai Sambutan Hari Pahlawan Ke-49 Peringkat Negeri Perak

Hari ini telah diadakan raptai penuh Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Perak Kali Ke-49. Tahun ini acara akan berlangsung pada 31hb Julai bertempat di Briged Utara, Ulu Kinta (PPH Hulu Kinta).

Lebih 1000 anggota pelbagai pangkat menyertai perbarisan kali ini.

Yang paling menarik ialah acara kawalan kehormatan dan juga persembahan dari 69 Komando.

ACS Ipoh sekali lagi, telah terpilih untuk kesekian kalinya menyertai perbarisan tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada para anggota dan semoga pada hari kejadian kelak semuanya berjalan lancar tanpa ada anggota yang rebah pengsan.





Monday, July 27, 2009

Raptai Recyclethon

Pada tanggal 5hb Ogos nanti, ACS Ipoh akan menempa sejarah sekali lagi dengan terciptanya logo terbesar yg diperbuat dari tin aluminium yang akan dicatatkan di dalam Malaysia Book Of Records. Pada tahun 2007, ACS Ipoh telah berjayas mengukir sejarah dengan terbinanya "Kolam" terbesar dan semoga kali ini percubaan ACS Ipoh akan juga berjaya.

Bersempena dengan itu, sebuah majlis rasmi akan diadakan pada 5hb Ogos kelak yang mana tetamu kehormat adalah Yang Berusaha Tuan Pengarah Pelajaran Negeri Perak.

Kadet Polis ACS telah diberi kepercayaan untuk kesekian kalinya menjadi tonggak utama dalam perbarisan lintas hormat. Tahun ini merupakan tahun bertuah kepada anggota-anggota kadet kerana berjaya mendapatkan senjata M-16 untuk perbarisan kawalan kehormatan.

Pada 1030hrs tadi, anggota-anggota kadet ACS telah berpeluang berlatih menggunakan senjata api M-16 ini. Berikut antara gambar-gambar yang sempat dirakam:








Saturday, July 4, 2009

Perjumpaan Mingguan

Setiap Sabtu merupakan perjumpaan minguan bagi SEMUA anggota kadet. Tidak kira junior mahupun senior, selagi tidak ada pengumuman pembatalan, maka adalah diwajibkan semua anggota kadet untuk hadir pada setiap Sabtu.

Aktiviti mingguan pada kebiasaanya adalah berkaitan dengan "fitness", dan juga asas kawad kaki. Disiplin dalam berpasukan adalah menjadi keutamaan kepada setiap anggota.

Mulai hari ini, 4 Julai 2009 setiap senior yang dilantik menjadi jurulatih kawad WAJIB memakai but kawad ataupun kasut potong, anklet (jika memakai but), t-shirt kadet, tali pinggang anggota, dan yang paling penting - beret.


Diharap mendapat perhatian semua anggota. Anggota senior perlu menjadi contoh tauladan yang baik untuk diikuti oleh anggota-anggota junior.