Pasukan KPDRM ACS Ipoh mempelawa seluruh warga Malaysia, khususnya pengendali laman web/blog yang berkaitan dengan unit badan beruniform untuk sama-sama menyertai kami dengan meletakkan pautan laman web/blog anda di laman blog kami.

Semoga dengan adanya lebih banyak pautan web/blog, kita dapat saling bekerjasama dan mengetahui sebarang maklumat terkini.

Sekian.


Sunday, June 21, 2009

HARI ANUGERAH 2009

Untuk tindakan kepada semua anggota,


Upacara Hari Anugerah 2009 akan diadakan dalam masa yang terdekat. Diminta SEMUA anggota bersedia untuk pemilihan acara padang - lintas hormat / statik dan juga dikehendaki bertugas semasa hari kejadian.

VIP jemputan adalah merupakan old boys ACS.

Kawalan kehormat tidak diperlukan. Tiada permohonan senjata diperlukan untuk kawalan kehormat.

Sekian dimaklumkan.

SELAMAT PULANG WIRA ACS!

Selama lebih seminggu berada di perantauan, kini kesemua 10 anggota kadet polis ACS telah selamat pulang ke semenanjung .

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua 10 anggota yang terlibat. Anda telah berjaya mengharumkan nama ACS dan juga nama negeri Perak di peringkat kebangsaan.

Pengalaman yang telah diperolehi sepanjang berada di Sarawak harus dikongsi bersama-sama rakan taulan yang tidak dapat turut serta. Jadikan ini sebagai satu titik permulaan dalam usaha melahirkan generasi kadet polis yang cemerlang pada masa yang akan datang.


SYABAS!

Monday, June 15, 2009

TAHNIAH KEPADA ANGGOTA BERIKUT

Tahniah diucapkan kepada angoota-anggota berikut kerana telah berjaya mewakili ACS Ipoh dan Negeri Perak ke perkhemahan peringkat kebangsaan dan pertandingan kawad kaki yang sedang berlangsung di Sarawak.

Mereka terdiri dari :

  1. ABDUL RASHID BIN ARSHAD, 5A
  2. MOHD FAUZAN BIN SYED NAZIMAN, 5S
  3. MOHD NORHAZEEQ BIN YUSOF, 5A
  4. MOHD KHAIRI BIN SAPRI, 4R
  5. MOHD FAIROS BIN AMIN SOO, 2P
  6. MOHD AFIQ IDZWAN, 2I
  7. MOHD AMIR ASHRAFF, 2P
  8. MOHD SHAHRUL, 2I
  9. UGEN a/l KRISHNAN, 5T
  10. MOHD AZAM, 3R

Senarai anggota-anggota diatas telah berjaya dipilih mewakili negeri Perak dan kini sedang berada di Sarawak.

Diucapkan selamat berangkat pergi dan selamat pulang dengan membawa kejayaan bagi pasukan negeri Perak amnya, dan juga sekolah ACS Ipoh khususnya.

Rakan-rakan anggota yang lain mendoakan kejayaan anda.

Friday, June 12, 2009

SELAMAT BERANGKAT KE SARAWAK!

Sepanjang minggu lalu, iaitu pada 1-5hb Jun 2009, perkhemahan peringkat negeri telah diadakan di daerah Taiping. Seramai 34 anggota telah dipilih untuk menyertai perkhemahan tersebut.

Perkhemahan inilah yang akan menentukan siapakah yang paling layak untuk dipilih mewakili negeri Perak dalam perkhemahan di Sarawak kelak - untuk peringkat kebangsaan.


ACS IPOH telah berjaya menunujukkan kehebatan sekali lagi apabila seramai 10 anggota telah terpilih untuk ke Sarawak.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada kesemua sepuluh anggota tersebut yang berjaya mengharumkan nama sekolah dan nama IPOH.


Rasa yang amat terharu dan bangga saya kepada kesemua anggota kadet polis ACS. Tahniah kerana pada tahun ini kita benar-benar berjaya mengharungi segala suka duka dan yang paling penting ialah kita bergerak dalam pasukan, bukannya individu. Semangat berpasukan yang tinggi inilah yang membuatkan kita sentiasa kuat dan digeruni serta di pandang tinggi oleh pasukan-pasukan lain.

Kepada anggota yang tidak terpilih untuk ke Sarawak, jangan kecil hati, jangan putus asa. ACS masih berbangga dengan anda. Kita cuba lagi tahun hadapan.

Pastikan kita lebih bersedia di tahun hadapan. Kita perlu banyakkan dan pelbagaikan aktiviti kita, bukan setakat kawad kaki semata-mata. Kepada yang bakal mengambil alih tampuk kepimpinan dan pengurusan tahun hadapan, dirapakan supaya bersedia untuk memikul cabaran yang lebih hebat.


Selamat jalan diucapkan kepada kesepuluh anggota yang telah terpilih ke peringkat kebangsaan yang diadakan di Sarawak. KAmi guru penasihat dan rakan-rakan akan mendoakan anda selamat pergi dan pulang, dan semoga pulang dengan kejayaan!




-Muzzafar Zain, guru penasihat Kadet Polis ACS Ipoh